#3. Develop new market..
Kadang2 market sediada dah tepu, atau dah reach max capacity.. Bila dah macam tu, kita kena cuba explore market baru.
Kalau terus push lagi dalam market yang sama, kita boleh rugi besar dari segi kos, Kos marketing, branding, semua jadi lebih tinggi, tapi return tak sama sebab dah ramai competitors.
So, apa yang kita boleh buat?
Kena buat kajian betul-betul tentang potensi, dan risiko market baru yang kita nak masuk.
Kita kena tahu trend dia, siapa competitor kita, dan apa keperluan pelanggan dalam market tu.
Kita tak nak main redah je, tapi nak masuk dengan persediaan yang betul.
Bila kita buka market baru, kita dapat buka peluang baru.
Memang la ada risiko, dalam dunia bisnes, risiko ni sentiasa ada, tapi kalau kita dah kaji dengan teliti, risiko tu boleh minimize.
Market baru ni boleh jadi game changer.
Kita tak rugi kalau try explore. Kita kena pandai manage.
Kalau kita terus stuck dalam comfort zone, kita takkan grow.
Kita kena ada game plan yang betul, dari segi produk, marketing, sampai la ke customer service.
Kalau kita dah rasa market baru ni potensi besar, kita boleh allocate resources kita yang sebelum ni nak push market yang dah penuh tu ke market baru ni.
Kita boleh guna duit marketing dan tenaga yang kita ada untuk conquer market baru.
Nak explore market baru ni pun tak mudah, tapi kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu potensinya. Kita kena ada plan yang betul, strategy yang tepat.
Boleh cuba collaborate dengan local businesses dalam market tu, buat market research yang lebih mendalam, atau even adapt produk kita ikut kehendak market baru.
Yang bestnya, kita boleh guna apa yang kita dah belajar dari market lama, untuk apply dalam market baru ni.
Kalau dalam market lama kita dah discover apa yang customer suka, apa trend yang tengah hot, kita boleh adjust strategi tu untuk market baru pula.
Jadi, kita tak start dari zero, tapi dengan data dan pengalaman yang kita dah ada.
Ada beberapa strategi yang boleh kita guna untuk develop market baru ni.
Pertama, kita kena ubah produk kita ikut keperluan market baru.
Kedua, kita boleh consider partnership dengan influencers dalam pasaran baru.
Jadi, kalau market sedia ada dah tepu, jangan la stuck situ je.
Fikir strategi nak conquer market baru. Kaji potensi, kaji risiko, dan take action.
Kita takkan tahu sejauh mana kita boleh pergi kalau kita tak cuba.
Siapa tahu, mungkin market baru ni ubah bisnes kita ke next level yang lebih tinggi.
Korang nak lagi tak?
Jadi, kalau sales korang tengah stuck, tenang.. mungkin dah tiba masanya untuk adjust strategi. Kita boleh cuba masuk market baru.
Saya dah share semua tips kat atas ni. Sekarang, time to take action!
Cuba apply dalam bisnes korang. Kalau tak cuba, macam mana nak tahu result, kan?
6/12/2024, 4:18:00 AM
#2. Analisis customer & product development.
Kita kena faham spending power customer dan pattern repetition customer.
Macam mana diorang spend duit, berapa kerap diorang beli, itu semua penting kalau nak strategize bisnes dengan bijak.
Jadi, kita nak consider macam mana nak tingkatkan spending dari customer yang dah ada ni, melalui product development.
Kena faham spending power diorang. Ada yang mampu beli barang berharga tinggi, ada yang mungkin prefer yang lebih berpatutan.
Jadi, kita kena develop product kita ikut segmen ni.
Contohnya, kalau customer selalu beli barang kemas untuk gelang je, kenapa tak kita develop lagi barang kemas yang sesuai dengan batu permata khas lelaki?
Mungkin buat satu set yang couple, kan lagi sweet!
Kita boleh juga offer special premium item. Produk ni sesuai untuk customer yang dah loyal.
Contohnya, kalau kita jual handbag, maybe kita boleh buat satu edition terhad yang lebih high-end dengan materials yang lagi premium. Customer yang appreciate quality akan suka sangat special offer macam ni.
Apa lagi yang boleh kita tambah dalam produk atau servis kita yang boleh tarik customer yang dah ada tu?
Maybe ada special edition untuk musim tertentu, atau ada promo bundle yang menarik.
Yang penting, jangan stagnant, always ada ruang untuk inovasi.
Satu lagi, kita kena pandai baca pattern diorang. Kita tengok, adakah diorang selalu tunggu promo untuk beli?
Kalau ya, maybe kita boleh plan promo yang lebih frequent atau ada loyalty program untuk dorang.
Kalau kita dah dapat pattern ni, kita boleh plan strategi macam mana nak tarik diorang untuk beli lagi.
Kalau kita rasa customer kita ada potential nak spend lebih, kita kena tahu macam mana nak ‘teka’ apa yang diorang nak.
Boleh cuba tanya direct dengan diorang atau guna data yang kita dah collect.
Cuba engage dengan diorang.
Boleh buat survey, tanya pendapat diorang, nak apa lagi, suka apa lagi.
Diorang akan bagitahu kita apa yang diorang nak, so kita boleh deliver.
Jadi, dalam bisnes ni, penting untuk kita berfikir jauh ke depan.
Bukan hanya jual produk, tapi macam mana kita nak create value untuk customer kita.
Kalau diorang rasa apa yang kita offer ni exclusive dan berbaloi, diorang akan setia.
So, kita kena la buatkan diorang rasa excited nak terus support bisnes kita!
6/12/2024, 4:17:53 AM
#1. Analisis market share..
Kalau market share kita sekarang besar pun, cecah atas 20%, itu pun dah power!
Tapi, bayangkan kalau kita boleh lagi besarkan market share tu, naik lagi 3%-5%.
Best tak?
Tapi, macam mana kalau kita nak lagi besar tu?
Ni lah bila kita kena fikir pasal game ‘market penetration‘ – strategi nak penembusan lebih dalam dalam pasaran.
kalau kita nak besarkan market share kita, kena la faham dulu berapa ramai new customer yang kita nak target.
Nak capai 3%-5% tu, kena ada angka yang jelas. Jadi, boleh start dengan kajian pasaran, tanya diri sendiri, “Berapa ramai lagi pelanggan yang boleh kita tarik?”
Seterusnya, nak guna cara apa? Collaboration maybe? Boleh je.
Collaborate dengan pihak lain yang ada audience yang kita nak target.
Contohnya, kalau kita jual produk kecantikan, boleh try collaborate dengan beauty influencers.
Dorang dah ada following, so kita boleh capai new customer base melalui mereka.
Boleh kerjasama dengan syarikat lain yang ada pengaruh dalam pasaran kita.
Misalnya, kalau kita jual produk makanan, boleh buat kerjasama dengan peniaga kopi terkenal.
Dengan cara ni, kita boleh tarik pelanggan mereka untuk cuba produk kita.
Option lain, nak duplicate sales point (kedai) kita dalam market yang sama.
Kalau sekarang kita ada satu kedai, fikirkan la nak buka lagi satu atau dua.
Boleh tumpukan pada kawasan yang berpotensi tinggi.
Kita bukan hanya expand bisnes, tapi juga tingkatkan visibility kita dalam pasaran.
Buka sales wing baru? Why not?
Kalau bisnes kita tengah laju, buka sahaja.
Tapi, sebelum buat keputusan besar ni, make sure kita dah analisis betul-betul.
Pastikan ada demand yang mencukupi dan resources kita mampu nak handle.
Lagi satu idea, buat promotion atau discount yang attract new customers.
Benda ni selalu berkesan, orang suka discount.
Tapi, kena pandai la strategize. Jangan sampai kita rugi pulak.
Kena ada strategi yang betul.
Plan promotion yang menarik, maybe ada limited-time offer, atau buat event yang buat orang excited nak datang.
Tapi, jangan lupa, strategi ni kena selaras dengan bajet dan sumber yang kita ada.
Tak nak la buat benda besar-besar tapi financial kita struggle.
Jadi, plan dengan bijak, fikir pasal ROI (return on investment) dan tentu saja, kaji semula dan pantau prestasi.
Dalam bisnes, tak ada satu formula ajaib yang sesuai untuk semua.
Setiap strategi kena disesuaikan dengan keadaan dan keperluan bisnes kita.
6/12/2024, 4:17:45 AM
Kadang2 dalam bisnes, bila kita terlalu nak perfect dalam planning, apa pun tak jalan! Akhirnya bisnes kita slow, pesaing pula lebih laju ke depan.
Sebaiknya, lepas plan, kita terus je bertindak, dan boleh improve dalam proses nanti.
Dalam bisnes, kita kena sentiasa yakin, kena positif dan move forward! Setuju?
6/11/2024, 3:23:59 AM
Realiti dalam bisnes, kita tak boleh lari daripada persaingan...
Selagi tak buat 3 perkara ni, kita jangan bermimpi boleh win dengan competitor!
#1. Research competitor’s audience – Kita kena explore & kaji customer pesaing. Apa behaviour dorang, apa value yg dorang nak, apa ‘need’ dorang.. Barulah kita boleh ‘beat’ dorang..
#2. Increase product/service value – Improve / tambah value pada produk / servis kita yang melebihi dari pesaing. Cthnya, value dari segi kecepatan, teknologi, servis, result dll
#3. Create a sustain awareness – Brand Awareness yg berterusan mampu buatkan audiens selalu nampak & sedar kewujudan brand kita sekaligus ‘melekat’ di fikiran dorang.
Korang dah buat ke ni?
6/10/2024, 6:47:52 AM
Sebelum kita mula jual produk, ada satu elemen penting yang kita kena susun dulu, iaitu sales funnel. Kenapa? Sebab potensi untuk naikkan sales dan profit bisnes kita jadi lebih tinggi. Bila kita dah dapat customer, kita kena jaga dan support pula, barulah diorang akan loyal dan jadi repeat customer kita. Setuju?
6/7/2024, 2:53:55 AM
Siapa sini yang pernah ada pengalaman strateginya, ideanya, konsepnya, packagingnya.. ditiru pesaing?
Itu satu petanda yang bagus!
Apa yang bagusnya?
Itu tandanya untuk kita UPGRADE lebih dahsyat lagi, sebab kita dah jadi icon, benchmark kepada competitors kita..
Dalam dunia bisnes, permainan ini memang normal. Siapa yang mempunyai psikologi, mental yang kuat sahaja mampu bertahan..
Saya percaya semua usahawan yang ada dalam ni adalah usahawan yang smart, fighter dan speed!
Pesaing mungkin boleh tiru marketing yang kita buat, tapi mereka tak boleh tiru experience, emosi dan value yang kita berikan kepada customer kita. Betul?
6/5/2024, 3:43:12 AM
Walaupun kita ada bajet marketing yang besar, ianya tak menjamin bisnes kita dapat menarik customer yang lebih ramai. Nak tarik customer yang ramai, kita perlu jalankan strategi marketing yang berkualiti dan high impact! Setuju?
6/4/2024, 3:05:34 AM
Faham? Ok kita sambung...
#5: Optimization
Sekarang, baru la boleh buat OPTIMIZATION. Kita kena adjust strategi atau teknik yang sesuai untuk naikkan sales kita, berdasarkan finding yang kita dapat dari analysis kita.
Barulah kita boleh ubah apa yang perlu diubah, dan kekalkan apa yang perlu dikekalkan.
Contohnya, kalau data tunjuk socmed adalah platform yang paling banyak sales, kita boleh optimize socmed dengan lebih banyak post, lebih banyak engagement, lebih banyak ads dan sebagainya.
Kalau data tunjuk team sales adalah channel yang paling kurang sales, jadi kita boleh optimize team sales dengan;
Lebih banyak training,
Lebih banyak incentive,
Lebih banyak feedback dan sebagainya.
Mungkin kita boleh tukar harga produk, buat promosi atau diskaun, atau ubah target audience untuk iklan.
Kita kena susun marketing plan, teknik dan strategi, berdasarkan finding yang kita dah dapat sebelum ni.
Contohnya,
Teknik tingkatkan conversion rate..
Adjustment pada presentation, copywriting, product demand, target audience, timing, cara offer, boleh ubah conversion rate!
1% perubahan conversion rate, boleh naikkan 100% sales kita tau..(ni yang paling utama kitq beri perhatian).
Transaction increament..
Bayangkan dari orang orang nak beli 1 botol, orang beli pakej.. Terus naik sales!
Teknik pakej, gift, upsell, backendsell, crossell, oto, suggestion, antara yang boleh digunakan.
Sebenarnya banyak lagi boleh buat..
Antaranya, kita tingkatkan repetition existing customer, maybe dengan new product, exclusive product, maybe dengan buat line extension atau brand extension, yang menambah lagi ‘kerajinan membeli’ existing customer.
Kita juga boleh, tambah new customer, dengan tambah channel baru.. tambah tim yang menjadi sales point..
Maybe buat brand expansion dengan tambah branch, kiosk, distributor dan sebagainya.
Okay? Boleh faham ke?
So, itu dia 5 langkah untuk optimize dan improve sales bisnes korang.
Trust me, kalau korang buat langkah-langkah ni dengan betul dan berterusan, insyaAllah sales korang akan naik!
5/31/2024, 8:06:37 AM
Dulu laju je sales masuk, sekarang dah makin sendu.. ada rasa macam ni?
Kalau sales tak jalan, bisnes pun tak jalan.
Tapi, ada masa sales kita stuck je, tak boleh naik, tak boleh improve.
Apa nak buat bila kita stuck macam ni?
Sebelum buat apa-apa action, kita kena buat sales analytic, iaitu analisis terhadap data sales kita.
Tanpa analisa, bagaimana nak tahu ‘ubat’ atau optimization yang betul untuk naikkan sales.
Hari ni saya nak share dengan korang 5 langkah untuk optimize, dan tingkatkan lagi sales bisnes!
#1: Data
Kita kena ada DATA! Data ni penting sebab kita akan dapat lihat prestasi bisnes, dan bantu kita buat decision yang lebih tepat.
Dengan adanya data juga, kita dapat tahu siapa target market kita, apa keperluan dan keinginan mereka, apa masalah yang mereka hadapi, dan macam mana kita boleh selesaikan masalah tu dengan produk kita.
Data trafik, view, lead, buyer, unit product sold, transaction, semua tu basic kena tahu.
Kalau tak ada data, macam mana nak optimize?
Macam mana nak tahu apa yang berkesan dan apa yang tak berkesan?
Macam mana nak tahu apa yang customer nak dan apa yang customer tak nak?
Data ni kena collect dan track secara konsisten dan sistematik.
#2: Platform & Sales Channel
Kita kena tahu, dari mana sales tu datang, dari PLATFORM & SALES CHANNEL yang mana?
Contohnya, socmed, e-commerce, team sales, marketplace, offline COD, kiosk dan sebagainya.
Setiap platform dan sales channel ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Ada yang sesuai untuk produk tertentu, ada yang sesuai untuk target market tertentu.
Lepas tu, kita kena tahu cari jalan macam mana nak optimize setiap platform dan sales channel tu.
#3: Analysis
Selepas itu, kita kena buat ANALYSIS. Kita kena study data yang kita dah collect tu dan tengok apa yang boleh kita improve untuk tingkatkan lagi performance bisnes.
Kita kena tengok conversion rate, closing rate, roi & roas, % sales distribution, cost per buyer, cost per acquisation a buyer dan macam-macam lagi.
Kita kena tahu apa strength dan weakness kita dalam sales.
Kita kena tahu apa opportunity dan threat kita dalam market.
Kita kena tahu apa trend dan demand dalam market sekarang.
Kita kena buat analysis ni secara berkala dan sistematik, supaya kita dapat insight yang berguna untuk bisnes kita.
#4: Finding
Dari analisis yang kita dapat tu, kita dapat dapat FINDING, dan jumpa jawapan atau penyelesaian untuk masalah atau cabaran yang bisnes kita hadapi.
Kita kena check data compare dengan sales metrik yang telah kita tetapkan!
Contohnya, kalau kita target nak dapat 1000 buyer sebulan, tapi data tunjuk kita cuma dapat 500 buyer je,
Kenapa? Apa sebabnya?
Apa faktor-faktor yang mempengaruhi?
Apa yang boleh kita buat untuk capai target kita?
Dari situ, kita akan jumpa finding..
Mungkin conversion kita teruk.. mungkin cost per lead mahal.. mungkin closing sederhana, bukan maximum..
5/31/2024, 8:06:34 AM
"Semakin tinggi kita pergi, semakin tinggi juga ujian yang diberi. Ujian yang diberi, bukan saja2 untuk kita diuji, tapi juga muhasabah diri. Muhasabah diri, untuk perbaiki diri supaya kita boleh capai kejayaan yang InsyaAllah yang jauh lebih tinggi."
Nak makin maju bisnes 2024 ni, nak tak nak kita semua kena improve mindset, ilmu dan skill kita..
Supaya, jadi lebih jelas.. Lebih laju.. Lebih efektif untuk tahun ini.. InsyaAllah..
5/30/2024, 2:03:24 AM
Kalau kita nak bina bisnes untuk tempoh yang lama, kita perlu ada mindset yang betul dan motivasi yang kuat.. untuk pastikan bisnes kita terus berkembang, dan kekal kompetitif dalam market yang sentiasa berubah.
Kenapa ada bisnes yang mampu bertahan lebih 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun?
Nak tahu?
5/29/2024, 7:07:10 AM
Zaman sekarang, bukan siapa yang famous lebih berjaya bisnesnya! Yang berjaya, yang sentiasa berusaha, yang sentiasa plan, sentiasa nak maju!
Ada owner bisnes, taknak menonjol pun personalnya..
Ada owner bisnes, memang suka menonjolkan personalnya..
Itu pilihan masing-masing. Betul tak?
Game bisnes masing-masing! Ada yang rasa dengan naik personalnya, bisnes boleh naik cepat lagi..
Ada yang rasa, tak mainkan personal/tak tonjolkan diri pun lagi bagus..
Korang suka yang mana satu?
5/29/2024, 2:33:03 AM
80% sebab kita gagal bangkit, bukan sebab orang lain, tapi disebabkan mental kita yang lemah! Ilmu & strategi je tak cukup untuk kita berjaya! Mental kena kuat! Kena ready! Kena kuat! Kena paksa, kena ajar mental jadi kuat!
5/27/2024, 2:51:16 AM
Untuk bina long term bisnes, branding sangat penting. Bila kita fokus pada pembinaan branding, automatik kita sedang membina raving fans! Iaitu mereka yang loyal dengan brand kita! Lagi kuat brand kita, lagi mudahlah prospek terpikat, tertarik & terpukau untuk dapatkan produk brand kita. Setuju?
5/24/2024, 3:07:39 AM
Nak bagi orang kenal produk kita, kena tunjukkan USP yang ada dalam produk kita...
Macam contohnya dari segi kualiti, warranty, ataupun apa yang pelanggan akan dapat selepas membeli produk kita...
Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita tonjolkan, nak lagi bagus..
Kene tahu ciri2 spesifik yang ada pada produk dan apa yang menarik tentang produk yang bakal berikan benefit kepada customer...
Kalau takde USP yang unik, susah la customer nak kenal produk kita..
5/23/2024, 2:37:54 AM