TopTgm
astromet-malaysia

AstroMet Malaysia

Locale: en
Subscribers:13.9K
Category: education
Tags: education
Description:
Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .
Di lembangan barat laut Pasifik ketika ini :-
- Lekukan tropika Yinxing ( 30 km/j )
- Ribut tropika Toraji ( 85 km/j )
- Ribut tropika Usagi ( 85 km/j )
- Ribut tropika Man-Yi ( 75 km/j )
11/12/2024, 2:19:59 AM
Selepas dilanda Taufan Yinxing kategori 4 pada minggu lepas, Pulau Luzon di Filipina akan dilanda Taufan Toraji kategori 1 pula hari ini yang membawa angin kencang berterusan sekitar 150 km/j.
11/10/2024, 11:37:25 PM
Yinxing ketika ini sedang berada di laut China selatan berhampiran Pulau Hainan , China sebagai suatu Taufan kategori 3 dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 185 km/j.

Susulan Yinxing yang sudah berada di laut China selatan, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur dan utara semenanjung Malaysia yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

Dalam masa yang sama terdapat kawasan bertekanan rendah di semenanjung Malaysia sekaligus menyebabkan aktiviti ribut petir lebih menyeluruh di kebanyakan kawasan.
11/9/2024, 7:44:28 AM
Wilayah Al-Jawf/jouf di Arab Saudi buat pertama kalinya turun salji baru-baru ini ?

Tapi kalau tengok rekod, tahun-tahun lalu pun pernah turun salji di utara Arab Saudi termaksuklah wilayah Al-Jawf/jouf.

Utara Arab Saudi sangat terdedah dengan sistem cuaca di rantau sekitarnya sehingga boleh menyebabkan suhu jatuh di bawah paras beku sekaligus menyebabkan salji terbentuk. Keadaan ini lazimnya berlaku ketika musim sejuk di sana.

Ya Arab Saudi ada musim sejuk. Siapa cakap tiada ? Rekod suhu paling rendah di Arab Saudi adalah -12°C yang dicatatkan di Turaif.
11/8/2024, 4:13:55 PM
Macam mana suasana di mata taufan ?
* Lihat imej yang dilampirkan.

3:40 petang tadi, 7 November 2024, pusat mata Taufan Yinxing kategori 4 berada di sekitar Santa Ana, wilayah Cagayan, Pulau Luzon, Filipina.

Keadaan yang tenang dengan langit membiru dapat diperhatikan di bahagian mata taufan manakala di sekeliling mata terdapat dinding mata taufan yang merupakan bahagian paling dahsyat kerana kekuatan angin paling kencang berlaku di bahagian itu.

Kredit imej :- Aweng Aletnac
11/7/2024, 2:30:18 PM
Dinding mata Taufan Yinxing kategori 4 telah menyentuh daratan Pulau Luzon, Filipina.

Dinding mata adalah bahagian yang paling dahsyat di dalam mana-mana struktur siklon tropika yang boleh menimbulkan malapetaka kerana kekuatan angin paling kencang berlaku di bahagian itu manakala Mata pula adalah bahagian yang paling tenang.
11/7/2024, 4:56:02 AM
Yinxing mencapai kekuatan Taufan kategori 4 !

Beberapa jam sahaja lagi Taufan Yinxing akan menerjah daratan Luzon, Filipina. Ketika ini ia berstatus Taufan kategori 4 yang membawa angin kencang berterusan sekitar 220 km/j.

Unjuran model ramalan sebelum ini hanya menunjukkan Yinxing melintasi perairan Selat Luzon. Walaubagaimana terdapat perubahan pada unjuran yang menunjukkan daratan Filipina akan menjadi sasarannya.
11/7/2024, 2:02:43 AM
KELAS PENGGUNAAN RADIO DUA HALA

(1) MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 30 November 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00 am hingga 5:00 pm
Tempat : Dewan terbuka Hutan Rekreasi Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Had Penyertaan : 50 pax
Penganjur : Persatuan Malim Gunung Perhutanan cawangan Negeri Sembilan (PMGPNS)

(2) TOPIK YANG AKAN DISENTUH
1. Standard Operating Prosedure (SOP) komunikasi.
2. Pemeriksaan radas (radio & antena)
3. Penggunaan pemancar ulang (repeater).
4. Demonstrasi penggunaan pengulang dan cara berkomunikasi.
5. Etika, peraturan dan perundangan.

(3) PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada ahli PMGPNS dan bukan ahli PMGPNS.

(4) YURAN PENYERTAAN
1. Ahli PMGPNS:-
- Early bird (sebelum 15/11) : RM45
- Yuran biasa : RM50
2. Bukan ahli PMGPNS:-
- Early bird (sebelum 15/11): RM55
- Yuran biasa : RM60

(5) PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah:-

11/5/2024, 5:22:08 AM
Lekukan tropika tempoh hari kini berstatus Taufan kategori 1 dengan nama timangan Yinxing yang sedang berpusar-pusar di Laut Filipina dengan membawa angin kencang berterusan sekitar 120 km/j

Sistem telah bergerak ke arah barat laut dan unjuran model ramalan menunjukkan ia akan melintasi Selat Luzon sebelum memasuki Laut China selatan.

Tiada kesan signifikan terhadap negara kita yang dapat diperhatikan setakat ini.
11/4/2024, 4:10:40 PM
Satu lagi sistem siklon tropika telah terbentuk di lembangan barat laut Pasifik. Ketika ini ia berstatus lekukan tropika dan berpotensi meningkat kekuatan menjadi suatu ribut tropika dengan nama timangan Yinxing pada esok hari.
11/3/2024, 2:00:13 PM
Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di
Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac
2025. Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku
11/3/2024, 4:14:57 AM
Di kawasan tropika seperti Malaysia contohnya, sangat jarang kita dapat menyaksikan keadaan ufuk langit yang sentiasa bebas daripada halangan setiap hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari keadaan ufuk berawan sehingga menyukarkan kita untuk menyaksikan tanda-tanda fizikal alam dengan jelas seperti piringan Matahari terbit dan terbenam, hilanganya mega merah di langit serta kemunculan fajar Sadiq yang menjadi indikasi bagi waktu solat.

Itu tidak cerita lagi masalah ufuk yang terlindung dengan bukit bukau, pokok, struktur binaan seperti rumah dan bangunan serta keadaan langit yang dicemari cahaya buatan yang terang benderang.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut dan memudahkan orang ramai, tanda-tanda fizikal alam itu telah ditafsirkan kepada definisi astronomi dan seterusnya dibuatkan formula matematik yang digunakan oleh ahli falak untuk menghitung waktu solat berkaitan.
..

Tidak salah untuk menyaksikan tanda alam bagi menentukan waktu solat. Memang sangat digalakkan tetapi pastikan dengan ilmu dan tidak semberono.

Jangan pula menidakkan jadual waktu solat yang telah disusun dengan dakwaan kononnya tidak tepat.
Formula matematik yang digunakan oleh ahli falak untuk menghitung waktu solat hasil daripada kajian dan pemerhatian di lapangan dalam tempoh masa yang panjang sehingga memperoleh ketepatan yang tinggi.

Jika ada masjid/surau yang mengumandangkan azan lebih awal berbanding tanda-tanda fizikal alam, cuba pastikan betulkah masjid/surau itu mengikuti waktu yang tertera pada jadual waktu solat. Boleh jadi ia berpunca daripada masalah teknikal di masjid/surau itu sendiri seperti beberapa kes azan Maghrib berkumandang lebih awal ketika bulan Ramadan tahun-tahun yang lalu sehingga menyebabkan orang ramai di kawasan itu berbuka lebih awal berbanding waktu sebenar.
..

* Gambar Matahari terbenam ini saya ambil di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Rezeki dapat menyaksikan keadaan ufuk langit yang bebas daripada sebarang halangan.
11/2/2024, 3:09:44 AM
Langit masih terang tetapi azan Maghrib sudah berkumandang.

Isu sebegini tidak akan berkesudahan selagi terdapat segelintir individu yang masih tidak dapat membezakan masuk waktu Mahgrib ketika Matahari terbenam dengan kecerahan langit itu dua isu yang berlainan.

Gambar ini saya ambil ketika Matahari sudah terbenam tetapi jelas menunjukkan keadaan langit masih lagi terang.

Kenapa ?

Ketika Matahari terbenam di ufuk yang menandakan masuknya waktu solat Maghrib, langit tidak serta-merta berubah menjadi gelap gelita. Kecerahan langit akan gelap secara beransur-ansur seiring dengan kedudukan Matahari yang semakin jauh dari ufuk langit.

Keadaan ini berlaku disebabkan kesan serakan cahaya Matahari yang melalui atmosfera Bumi.

Di dalam bidang Astronomi, kesan serakan cahaya Matahari di atmosfera selepas Matahari terbenam dibahagikan menjadi tiga peringkat iaitu senja Awam, senja Nautika dan senja Astronomi. Kesan serakan tersebut berlangsung sehingga Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Kedudukan Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk merupakan indikasi bagi waktu solat Isya' di Malaysia iaitu bilamana Syafa' ahmar (mega merah) hilang dan langit menjadi gelap.
..

Kesan serakan cahaya Matahari juga berlaku sebelum Matahari terbit yang turut dibahagikan menjadi tiga peringkat. Bermula dengan fajar Astronomi, fajar Nautika dan diakhiri dengan fajar Awam. Fajar Astronomi muncul ketika Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Kedudukan Matahari berada 18 darjah di bawah ufuk merupakan indikasi bagi waktu solat Subuh di Malaysia.
Ketika itu fajar Sadiq (cahaya putih yang memancar di ufuk timur berhampiran kedudukan Matahari terbit) didapati telah muncul di langit. Sebelum fajar Sadiq muncul, fajar Kazib kelihatan terlebih dahulu. Fajar Kazib kelihatan dalam bentuk cahaya yang menegak manakala fajar Sadiq kelihatan dalam bentuk cahaya yang melintang.

Waktu solat Subuh berakhir apabila Matahari terbit (Waktu Syuruk).
11/1/2024, 3:50:31 PM
Statistik berkaitan monsun timur laut di Malaysia.

Waktu bermula dan berakhir musim monsun timur laut dipengaruhi banyak faktor. Antara faktor utama adalah keadaan semasa El Nino - Ayunan Selatan (ENSO).

Hasil tinjaun beberapa agensi meteorologi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Biro Meteorologi Australia (BoM) dan juga Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan keadaan ENSO ketika ini masih lagi berstatus neutral (bukan La Nina mahupun El Nino).

Berpandukan data yang terkumpul ketika ENSO-neutral, monsun timur laut boleh bermula seawal 20 Oktober dan paling lewat bermula pada 27 November.

Tarikh purata permulaan monsun timur laut pula sekitar 6 November ketika ENSO-neutral sedang berlangsung.
..

Berkenaan luruan sejuk atau turut dikenali sebagai luruan monsun iaitu suatu peristiwa ledakan keluar udara sejuk dari kawasan pedalaman Asia menuju ke rantau negara kita yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan berserta angin kencang pula menunjukkan luruan monsun yang pertama paling awal boleh berlaku pada 30 Oktober dan luruan monsun yang pertama paling lewat berlaku pada 13 Disember ketika ENSO-neutral.

Tarikh purata luruan monsun yang pertama ketika ENSO-neutral adalah sekitar 20 November.

Luruan monsun terakhir paling awal boleh berlaku pada 7 Januari dan paling lewat pada 5 Mac manakala purata luruan monsun terakhir pada 8 Februari.
..

Sekurang-kurangnya 3 episod luruan monsun berlaku ketika ENSO-neutral sedang berlangsung dan boleh mencapai sehingga 7 episod luruan monsun manakala purata sebanyak 5 episod luruan monsun.
11/1/2024, 3:10:56 AM
Semakin menghampiri musim tengkujuh.

Ini merupakan data Indeks Monsun Timur Laut ( NEMI ) yang digunakan sebagai salah satu kriteria bagi menentukan bila bermula dan berakhirnya monsun timur laut.

Monsun timur laut bermula apabila NEMI bernilai negatif selama 7 hari berturut - turut dengan sekurang - kurangnya 1 hari berada pada paras -2.5 m/s ( garisan merah ke bawah ) .

Berpandukan unjuran daripada model ramalan, monsun timur laut 2024/2025 mungkin akan bermula sekitar minggu pertama November ini atau awal minggu kedua November.
..

Ini hanyalah jangkaan saya berpandukan data yang tertera. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh MetMalaysia .
..

Sama-sama kita nantikan.
10/31/2024, 2:28:44 PM
Taufan Kong-rey membawa taburan hujan yang tinggi ke atas Taiwan.

Imej yang dipaparkan merujuk kepada jumlah hujan terkumpul di Taiwan dalam tempoh bermula dari 1200 AM sehingga 0300 PM, 31 Oktober 2024
10/31/2024, 7:34:38 AM
Pusat Taufan Kong-rey telah menerjah daratan Taiwan sebagai suatu Taufan kategori 3 dengan membawa angin kencang berterusan lebih 200 km/j berserta hujan yang sangat lebat.
10/31/2024, 6:16:52 AM
Bulan dan 'Earthshine' di permukaannya sedang berada berdekatan Bintang Pollux dan Castor iaitu dua Bintang paling terang yang membentuk Buruj Gemini sekitar Maghrib tadi, 9 Jun 2024.

* Earthshine atau turut dikenali sebagai Da Vinci Glow merupakan kesan pembalikan cahaya Matahari oleh Bumi ke arah permukaan Bulan.

Ketika ada Earthshine di permukaan Bulan, kita akan dapat melihat bentuk Bulan lengkap bulat ketika dalam fasa sabit apabila permukaan Bulan yang gelap semasa fasa sabit akan kelihatan disinari cahaya yang samar-samar.
6/9/2024, 2:22:13 PM
Imej anak Bulan Zulhijjah 1445 Hijrah yang kelihatan pada hari cerapan semalam, 7 Jun 2024 di Balai Cerap KUSZA ( Terengganu ), Balai cerap Kota Bharu ( Kelantan ) dan Balai cerap Teluk Kemang ( N. Sembilan ).

Anak Bulan juga dilaporkan telah kelihatan di beberapa lokasi lain di seluruh negara oleh pencerap sama ada dengan menggunakan alat bantu optik atau mata kasar.

8 Jun 2024 telah diisytiharkan oleh penyimpan mohor besar Raja - raja sebagai 1 Zuhijjah 1445 manakala hari raya Aidiladha pula pada 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445.

Kredit imej :- Balai Cerap KUSZA ( Terengganu ), Balai cerap Kota Bharu ( Kelantan ) dan Balai cerap Teluk Kemang ( N. Sembilan ).
6/8/2024, 1:05:19 AM
Bila hari raya Aidiladha ?

1) Secara teknikalnya, Bulan telah memasuki fasa Bulan baru atau Ijtimak pada Khamis, 6 Jun 2024, jam 08:37 PM manakala cerapan anak Bulan (Hilal) Zulhijjah 1445 hijrah di Malaysia akan dilaksanakan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024 yang bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1445 hijrah.

2) Bagi menentukan masuknya awal bulan baru di dalam kalendar hijrah, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (cerapan) dan Hisab (kiraan) berpandukan syarat kriteria Imkanur Rukyah Neo MABIMS seperti berikut :-

Ketika Matahari terbenam, altitud Bulan tidak kurang dari 3 darjah dan jarak lengkung ( elongasi ) antara Bulan-Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

* Jika anak Bulan kelihatan pada 29 haribulan hijrah ; kita akan memasuki bulan baru hijrah.
* Jika anak Bulan tidak kelihatan tetapi keadaan Bulan telah memenuhi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan ;
Kita akan memasuki bulan baru.
* Jika anak Bulan tidak kelihatan dan keadaan Bulan tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah, sesuatu bulan hijrah itu akan digenapkan menjadi 30 hari.

Jika seseorang mendakwa melihat anak Bulan, ia perlu melaporkan kepada pihak berautoriti bagi menetusahkan sama ada apa yang didakwa itu betul - betul anak Bulan atau sebaliknya melalui bukti bergambar, kesaksian dan sebagainya. Keputusan rasmi akan diumumkan penyimpan mohor besar Raja - Raja melalui sidang media bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

3) Berpandukan data Bulan ketika cerapan 7 Jun 2024, jika mengambil kira titik rujukan paling timur Malaysia iaitu di Tanjung Atiam, Sabah sehingga titik rujukan paling barat Malaysia iaitu di Pulau Perak, Kedah ;

Altitud Bulan selepas Matahari terbenam telah melebihi 9 darjah manakala jarak  lengkung antara Bulan-Matahari telah melebihi 11 darjah di negara kita sekaligus telah melepasi syarat kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan Malaysia. Jika keadaan langit cerah, anak Bulan dijangka boleh kelihatan dengan mata kasar. Walaubagaimanapun, kelihatan ataupun tidak anak Bulan pada 7 Jun 2024, Malaysia akan tetap menyambut hari raya Aidiladha pada Isnin, 17 Jun  2024.

* Tertakluk pengumuman rasmi penyimpan mohor besar Raja - raja pada malam 7 Jun 2024.
6/7/2024, 8:41:24 AM
This website is not affiliated with Telegram. Visual content shown here might be copyrighted by rightful owners. No infringement intended.
DISCLAIMER: Infos without tag OFFICIAL posted on website are public, and wo are not responsible for the content on their media. Join or subscribe the info there maybe some risk with you. If you have any issueContact UsPlease!